Thursday, December 15, 2011

KERANA DUIT


kalau kaya kau suka,
kalau miskin kau sedih,
ada duit mudah lupa,
tak ada duit diam dingin,
ada duit kau senyum,
tak ada duit seluk saku,
dapat duit kau joli,
joli joli hilang diri,
sudah dapat kau lari,
sudah lari  kau mati,
kau mati seorang diri,
cuba hidup tapi mati.
kerana duit kau hidup,
kerana duit kau mati.


Wednesday, December 14, 2011

KAU TETAP DISISI


jauh mana aku pergi,
kau tetap disisi,
jauh mana aku lari,
kau tetap disisi,
tinggi mana pun aku,
kau tetap disisi,
dalam mana pun aku,
kau tetap disisi,
walaupun aku buruk,
kau tetap disisi,
walaupun aku busuk,
kau tetap disisi,
biar sakit,
kau tetap disisi,
biar pilu,
kau tetap disisi,
dan aku tahu,
segala apa yang aku buat,
segala apa yang aku rasa,
segala apa yang aku laku,
segala apa yang aku cuba,
KAU TETAP DISISI.

kita semua

suka duka sama sama,
tangis tawa sama sama,
duduk bangun sama sama,
berhenti bergerak sama sama,
aku pergi,
kau tak ada,
aku masuk,
kau keluar,
aku senyum,
kau ketawa,
aku marah,
kau diam,
rasa tiada bila ada,
sudah tiada tertanya tanya,
sekarang sunyi hilang deria,
sunyi rindukan aku,kau,dia dan mereka...

Tuesday, December 13, 2011

kita hamba

ini utk aku,kau,dia,kita,kami dan meraka
kita hamba,jijik,busuk,hina,
kita hamba yg sedang dilaknat,
kita hamba yg tidak sedar diri,
kita hamba,tak boleh mghukum sesama hamba,
kita hamba yg setaraf dgn hamba yg lain,
cuma,iman dan amalan kita brbeza,
ada yg tggi,ade yg rendah,
yg tggi,tolonglah yg rendah,
dakwah itu membantu,bukan utk menghukum,
hanya tuan kpd hamba yg paling layak mghukum,
IAITU ALLAH s.w.t.
kita hamba,
hamba yg perlukn keampunan,
hamba yg perlukan keredhaan,
hamba yg perlukan tuhan.
ALLAH s.w.t.